Thursday, July 16, 2009

Penggunaan TMK juga bergantung kepada bagaimana ia dapat digunakan sebagai alat untuk berfikir secara kritikal. Untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran, penggunaan TMK perlu dirancang dengan teliti supaya sesuai dengan pembelajaran berfikrah, bersifat kendiri selaras dengan tuntutan P&P bestari. Pelajar diberi tanggungjawab yang besar untuk menentukan cara pembelajarannya sendiri.

Penggunaan TMK dalam P&P juga merupakan alat untuk pembelajaran secara kolaboratif di mana pelajar digalakkan untuk membina, menilai, memanipulasi dan mempersembahkan idea serta pengetahuan yang baru. Guru-guru dapat mengenal pasti, memilih dan mengaplikasikan kepelbagaian mod penggunaan TMK dalam P&P. Penggunaan mod-mod adalah sejajar dengan garis panduan penggunaan TMK dalam P&P oleh PPK


Bidang pengintegrasian TMK.
Pengintegrasian TMK boleh merangkumi bidang-bidang pengajaran (mikro), topik (meso) dan sukatan / kurikulum (makro).

Pada asasnya TMK ialah alat sama ada pekakasan (seperti komputer, kamera digital), perisian (seperti pemproses kata, forum perbincangan) atau kedua-duanya.
Menurut Taylor (2000), TMK ialah alat yang boleh menghubung kita untuk bersama-sama dengan pelbagai komuniti dalam cara baru atau berlainan. Kajian menunjukkan keupayaan TMK adalah untuk menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan memudahkan kaedah pengajaran yang sukar dilaksanakan seperti simulasi dan pembelajaran koperatif. (Roblyer, Edwards, & Havriluk, 2004).


Pengintegrasian TMK dalam P&P
(Perancangan)

Kaedah Pembelajaran
•Menggunakan perisian untuk merancang aktiviti dan bahan P&P
•Menggunakan papan cerita untuk membina bahan P&P (Contoh Hasilan Pelajar, Bahan Sokongan Guru, dan Bahan Sokongan Pelajar)

Prosedur
1.Memasang perisian Mind Manager.
2.Meneroka perisian Mind Manager menggunakan Panduan Mind Manager.pdf
3.Membina peta minda untuk pemetaan 1 dan 2 Huraian Sukatan Pelajaran dari aktiviti C3 menggunakan perisian Mind Manager*. Hasilan peta minda perlu disimpan dalam folder HSP Pakej P&P
4.Menggunakan templat papan cerita untuk hasilan pelajar yang telah dirancang di dalam modul

Pengintegrasian TMK dalam P&P (Pembinaan Bahan P&P)

Kaedah Pembelajaran
•Menggunakan perisian yang sesuai untuk membina atau menyunting bahan P&P untuk Pakej P&P.

•Penyunting Video contoh: VCD Cutter Pro
•Penyunting Audio contoh:MP3 for Dummies, Music Match
•Perisian Penerbitan contoh: Photo Story, Movie Maker
Penyunting Grafik contoh: PaintDotNet
•Add on application MS Office utuk guru contoh: MS Learning Essentials

Pengintegrasian TMK dalam P&P (Penggunaan Online Tools)

Kaedah Pembelajaran
•Mengenal pasti online tools yang berkesan menggunakan Internet
•Menguruskan online tools P&P secara berkesan dan sistematik

Prosedur:
1.Melayari laman http://www.youos.com/ dan mendaftarnya.
2.Menambah aplikasi web blogger
3.Mendaftar blogger

Pengintegrasian TMK dalam P&P (Resos, Kajian dan Hak Cipta)

Kaedah Pembelajaran
•Mengenal pasti kaedah pencarian maklumat yang berkesan menggunakan Internet
•Menguruskan sumber P&P secara berkesan dan sistematik
•Mengamalkan penggunaan secara adil (fair use) resos yang diperolehi dan menghormati hak cipta.

Prosedur:
1.Memulakan carian mengenai hakcipta menggunakan Internet dengan merujuk lampiran-lampiran berikut:
•Carian Maklumat Menggunakan Google
•IE_Favorites_Modul3_LGB
•WinHTTrack Website Copier
2.Menonton video yang berkaitan dengan hak cipta.
3.Meneliti dokumen tentang tata cara membuat petikan atau sedutan daripada pelbagai sumber.
4.Membina persembahan untuk menerangkan fair use dan hak cipta

Pengintegrasian TMK dalam P&P (Perkongsian)

Kaedah Pembelajaran
•Menghasilkan dokumen portable document file (pdf)
•Memampatkan folder atau fail
•Membuat kepilan menggunakan Emel
•Meneroka Wikipedia sebagai ensaikopedia

Prosedur:
1.Merujuk lampiran CutePDF_M3_LGB.pdf dan 7-Zip_M3_LGB.pdf untuk memasang program CutePDF dan 7-Zip ke komputer dan menjalankan aktiviti hands-on
2.Menggunakan RPH bagi melakukan perkara berikut:
•menghasilkan dokumen pdf
•memampatkan folder dan fail
3.Menggunakan Emel untuk membuat kepilan fail termampat yang telah dihasilkan dalam langkah 2.
4.Melayari http://wikipedia.org/ untuk meneroka Wikipedia sebagai ensiklopedia percuma. (Rujuk Lampiran Wikipedia_M3_LGB.pdf)
5.Mencari maklumat yang diperlukan bagi membina bahan sokongan Pakej P&P menggunakan wikipedia.

Penggunaan Bahan Sumber P&P (BTP)

Kaedah Pembelajaran
•Menggunakan bahan sumber p&p yang disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

Prosedur:
1.Melayari laman web BTP (URL: http://www.moe.edu.my/). Klik pautan Bahan-Bahan CDRI untuk meneliti senarai bahan CDRI yang boleh dimuat turun.
2.Memuat turun fail lampiran Puasa_PI_T2.zip ke komputer. Nyah mampatkan fail berkenaan.
3.Dwiklik fail IbadahPuasa.exe untuk memulakan bahan CDRI tersebut.

No comments:

Post a Comment